.... Kerusi DUN Nenggiri Diistihar Kosong, ADUN Muflis | AAKJ





Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdulah Ya’kub mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Yusoff Abd Ghani hilang kelayakan memegang jawatan tersebut selepas diisytihar muflis sekali gus menjadikan kerusi tersebut kosong.

Abdullah berkata, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi cawangan Selangor pada 28 Mei lalu yang memaklumkan mengenai kebangkrapan Mat Yusoff sejak 9 November tahun lalu.

Beliau berkata, sebelum itu, pejabat Penasihat Undang-undang negeri Kelantan telah menerima surat sama mengenai makluman kebangkrapan tersebut lebih awal iaitu pada 21 Mei lalu.

“Mengikut Perkara 31 (1) Undang-undang Perlemmbagaan Tubuh kerajaan Kelantan menyatakan ‘dengan tertakluk kepada syarat-syarat perkara ini, seseorang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri jika ia muflis yang belum selesaikan lagi’.

“Oleh kerana ADUN Nenggiri telah diisytihar muflis dan belum selesaikan lagi, maka saya sebagai Speaker DUN dengan ini mengisytihar bahawa Mat Yusoff adalah tidak layak menjadi ADUN akibat kebangkrapan tersebut.

“Bermula dari pengisytiharan ini, maka kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong dan saya akan menghantar surat serahan tangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri memaklumkan perkara ini pada Ahad ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top