.... Kerajaan Sarawak Timbang Buat Rayuan | AAKJ





Kerajaan negeri menimbangkan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching semalam yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon kekal sebagai wakil rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan berunding dengan Peguam Besar Negeri, Talat Mahmood Abdul Rashid sebelum mengumumkan keputusan itu pada bulan depan.

“Kerajaan negeri menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching semalam ke atas kerusi DUN Pujut.

“Bagaimanapun, saya fikir kita akan membuat rayuan terhadap keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ihsan Ramadan Satok di Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini sebentar tadi.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top