.... Kempen Bebas Anwar Hambar | AAKJ





Dahulu sekitar 1999, sebarang perhimpunan yang menggunakan nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti bagaikan magnet yang mampu menarik kehadiran ribuan penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk berhimpun dan mengadakan demonstrasi.

Bagaimanapun, hari ini kempen #BebasAnwar yang diadakan di hadapan Mahkamah Tinggi di sini pagi ini berlangsung hambar.

Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah penyokong bekas Ketua Pembangkang itu yang berhimpun sambil membawa sepanduk ‘Bebas Anwar’ dan melaungkan kata-kata provokasi seperti ‘lawan tetap lawan’ serta ‘reformasi’ hanya kira-kira 50 orang sahaja.

Difahamkan perhimpunan berkenaan diadakan bagi menyokong tindakan Anwar memfailkan saman pemula melalui peguamnya, N. Surendran untuk mengenetepikan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ini ekoran dakwaan bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai Ke­tua Pendakwa Raya bagi kes liwat membabitkan Anwar menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sarawak Report baru-baru ini dalam laporannya mendakwa, RM9.5 juta daripada SRC International iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peri­badi Muhammad Shafee melalui transaksi dua pembayaran iaitu pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Dalam pada itu, melalui kenya­taan daripada penganjur kempen #BebasAnwar, beberapa siri forum rakyat di seluruh negara akan diadakan bagi mengupas pendedahan terkini Sarawak Report itu.

“Siri jelajah forum rakyat ini akan bermula di Petaling Jaya pada Selasa (13 Jun) dan kemudiannya akan dianjurkan di negeri lain seperti Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Johor dalam dua tiga minggu ini,” kata kenyataan itu.

- UM




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top