.... Kemelut Kuil Hindu Tidak Dipeduli Kerajaan Selangor? | AAKJ





Penganut Hindu mahu kerajaan negeri Selangor segera campur tangan dalam kemelut yang membabitkan sebuah kuil di USJ-Subang Jaya.

Menjelang subuh tadi, puluhan mereka mula berkumpul di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, yang berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), selepas menerima mesej yang tersebar di media sosial bahawa kuil itu akan dirobohkan.

Bagaimanapun tidak ada anggota penguatkuasa mahukan pasukan untuk merobohkan kuil itu yang datang, meskipun notis pengusiran supaya kuil itu dikosongkan berakhir hari ini.

Penganut dikatakan telah menjadikan tapak itu sebagai tempat ibadat mereka sejak sekurang-kurangnya 1891, apabila kawasan kuil itu dibuka oleh pekerja ladang berbangsa India.

Pokok ara – yang dianggap suci dalam agama Hindu – di lokasi kuil itu dikatakan berusia lebih 140 tahun.

Walau bagaimanapun kawasan kuil itu kini terletak di atas tanah persendirian selepas ia dibeli oleh One City Development Sdn Bhd pada tahun 2007.

Dalam satu kenyataan akhbar dua hari lalu, presiden jawatankuasa pengurusan kuil berkenaan, KK Chelapa berkata sebidang tanah yang lebih besar di USJ 23 telah diperuntukkan untuk menempatkan semula kuil itu, dengan One City Development bersetuju menyumbang RM1.5 juta sebagai kos pembinaan.

Chelapa berkata dalam satu penghakiman persetujuan pada tahun 2014 menyaksikan semua pihak berkepentingan – termasuk pihak pesaing yang mahu menuntut jawatan ketua jawatankuasa kuil, M Nagaraju – bersetuju suapaya kuil itu dipindahkan.

Tetapi Nagaraju – yang mendakwa datuknya telah membina struktur kuil semasa itu – dan beberapa NGO India yang menyokongnya, kini mahu kuil berkenaan dikekalkan di lokasi sekarang.

Mereka menggesa kerajaan negeri untuk campur tangan untuk menyelamatkan kuil itu berdasarkan merit agama dan sejarah.

Nagaraju berkata penganut kuil tersebut juga bersedia untuk membeli tanah itu daripada One City Development.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top