.... Kedudukan LGBT Tergugat Kerana Wujud 'Golongan Kononnya Warak' - Siti Kasim | AAKJ



Rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, menurutnya lagi. 

Siti Kasim mendakwa bahawa golongan pondan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diberkas kerana terdapat peruntukan dalam perundangan Syariah yang membenarkan pihak berkuasa untuk menangkap golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita. 

Siti Kasim menambah, “Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral.” 

Aktivis program Seksualiti Merdeka tersebut membayangkan masa depan negara ini bakal mengikuti langkah negara jiran, di mana pihak kerajaan Indonesia sedang aktif dalam usaha membanteras golongan LGBT. 

“Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras puak-puak warak yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian.” 

Siti Kasim sebelum ini pernah merayu kepada masyarakat bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai lagi orang bukan Islam supaya membolehkan mereka bangkit berjuang bersama dengannya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah dalam negara selain mendakwa Tuhan dihasilkan dari getaran dari dalam diri seseorang.

menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top