.... Kebanjiran Pusat Judi Haram Di Pulau Pinang, Guan Eng Tuduh BN Punca | AAKJ





Inilah cara pentadbiran licik dan keji parti rasis DAP. Sudah menjadi kebiasaan parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu akan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas masalah yang mereka sendiri timbulkan.

Tindakan mereka ini seolah-olah mereka sudah menjalankan tugas mereka dengan ‘baik’ untuk rakyat. Jika ada kekurangan dalam pentadbiran, hanya perlu mencari pihak lain untuk dipersalahkan. Bukannya mereka akan bertanggungjawab menyelesaikannya.

Tindakan mereka ini boleh disifatkan tidak sedar dan muka tembok. Tetapi jika nak dihairankan pun, tidak juga kerana pemimpin parti yang merangkap ketua menteri itu pun jenis tidak sedar diri dan muka tembok.

Sedang menghadapi pertuduhan skandal rasuah, namun masih tidak sedar diri dan enggan melepaskan jawatan yang dipegang, malah masih meneruskan tugasnya seperti biasa. Wahal beliau telah mencemar namanya sebagai ketua menteri.

Itulah cara rejim DAP Pulau Pinang memerintah negeri Pulau Mutiara itu. Mudah sungguh cara mereka, apa sahaja kekurangan di dalam pentadbiran negeri, hanya perlu salahkan Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) sahaja.

Ini dapat dilihat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanggah kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berhubung isu percambahan pusat judi haram di Pulau Pinang.

Guan Eng yang merangkap Setiausaha Agung DAP berkata jika ia benar-benar berlaku, sepatutnya ditangani oleh Kerajaan Persekutuan sendiri.

“Isu judi haram di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, maka perlulah ditangani oleh Kerajaan Pusat, dan bukan babit Kerajaan Negeri.

“Lagipun, CPO (Ketua Polis Negeri) telahpun nafi bahawa Pulau Pinang paling banyak ada aktiviti pusat judi haram,” kata Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Malah beliau mendesak Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA memberi respons lanjut kepada CPO, dengan mengemukakan bukti-bukti terperinci mengenai tuduhannya itu yang membabitkan kepentingan awam di Pulau Pinang.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top