.... Kabinet Bayangan, DAP Didesak Beri Penjelasan | AAKJ





Pakatan Harapan yang diketuai DAP didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai Kabinet bayangan yang dikatakan menyenaraikan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Kewangan dan Presiden PAN, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pendidikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu dibangkitkan oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin dan semua pihak masih menunggu penjelasan daripada pimpinan Pakatan Harapan mengenai isu tersebut.

“Sehingga kini Pakatan Harapan masih berdolak-dalik dalam isu itu dan membiarkan rakyat terta­nya-tanya kesahihan Kabinet bayangan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard baru-baru ini berkata, Kabinet bayangan Pakatan Harapan dikatakan menyenaraikan Mohamad sebagai Menteri Pendidikan manakala Wan Azizah pula adalah calon Menteri Kewa­ngan.

Menurut Puad, semua pihak tertanya-tanya me­ngapa Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP masih gagal mengemukakan barisan pe­mimpin Kabinet bayangan gabungan tersebut.

“Kenapa sehing­ga kini Pakatan Ha­rapan masih gagal mengumumkan senarai pe­mimpin yang akan menjadi anggota Kabinet me­reka.

“Pakatan Harapan perlu me­yakinkan rakyat, jadi mereka perlu umumkan senarai Kabinet itu.

“Kalau perkara seperti ini gagal dilakukan bagaimana mereka mahu mentadbir negara nanti,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top