.... Jawatan PM: Mahathir Pertimbangkan, Anwar Meminta, Kit Siang Cuba Sembunyikan, Penyokong Jadi Bodoh | AAKJ



Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau berkemungkinan terpaksa mempertimbang kembali semula menjadi Perdana Menteri sekiranya itu yang dimahukan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) diketuai DAP.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu membuat kenyataan tersebut ketika sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

“Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang se­perti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbangkannya,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang telah mentadbir negara selama 22 tahun bagaimanapun memberitahu, beliau tidak bersetuju untuk mengisi jawatan itu buat masa ini.

“Saya telah nyatakan, setelah saya bersara saya tidak akan jadi Perdana Menteri lagi,” jelas beliau.

Pengakuan Dr. Mahathir itu menimbulkan lagi kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Pada Konvensyen Nasional PKR bulan lalu, parti tersebut membuat penegasan mahukan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ketujuh jiks PH berjaya menawan Putrajaya.

Sebelum tu, nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menerajui PKR pernah juga di­sebut sebagai calon Perdana Menteri, selain nama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan tidak terkecuali pemimpin PAN, Muhamad Sabu.

Aakj:
Hajat pertama nak singkirkan Najib tapi gagal, kononnya nak selamatkan UMNO BN

Hajat dan niat selepas itu berubah, nak hancurkan UMNO BN untuk selamatkan Malaysia (kerana ahli UMNO matang dan tahu niatnya dari awal kerana apa)

Hajat dan niat selepas itu, berusaha supaya anaknya jadi PM walaupun tahu sukar melepasi hajat dan niat Anwar Ibrahim dan niat tersembunyi Kit Siang

Hajat terbaru - beliau sendiri tawar diri untuk jadi PM sebab lambat sangat orang nak jolok nama dia sebagai PM, dia hanya berselindung dengan ayat "akan pertimbangkan" - sedangkan soalan sudah disediakan/dirancang

HAJAT utama di sebalik hajat-hajat tersebut adalah kerana "ada hajat tersangkut kat luar negara" yang tak mungkin boleh di bawa balik selagi UMNO BN jadi kerajaan pusat.

Apakah "HAJAT" tersebut?

Clue - manusia ni berperang kerana Kuasa, Harta dan Wanita sahaja.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top