.... Isu Seleweng Kos Terowong : Guan Eng Tak Jawab Soalan Wartawan | AAKJ





Lim Guan Eng nampaknya enggan menjawab lagi isu yang dibangkitkan berhubung isu pembayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang ditemui wartawan semasa sidang media di Komtar di Pulau Pinang mengelak soalan wartawan berhubung isu dengan memberi alasan akan menjawabnya kemudian dan bukan hari ini.

“Mungkin hari lain (untuk jawab),” katanya di petik berkata kepada media yang bertanyakan isu tersebut.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membangkitkan lagi isu pembayaran tersebut dan memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk menerangkan sebab bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek pembinaan infrastruktur tersebut adalah empat kali ganda lebih tinggi daripada kadar bayaran yang dibenarkan.

Abdul Rahman berkata, jika gagal, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengikut rekod, isu terbabit pernah dibangkitkan Naib Presiden1 Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan apabila membuat dua laporan kepada SPRM berhubung syarikat yang dipertanggungjawabkan melaksanakan projek tersebut.

Pada mulanya, Cheng Guan membuat laporan berhubung kos tiga kajian pelaksanaan projek mega itu bernilai RM305 juta yang didakwa mengandungi unsur mencurigakan.

Cheng Guan turut membuat satu lagi laporan dengan mendakwa Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) telah membuat perubahan besar dalam pegangan saham besar ini Mei tahun lalu berbanding Mac 2012.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top