.... Iftar GAY Terbesar Malaysia Anjuran DAP? | AAKJ





AGENDA menghalalkan aktiviti tidak bermoral Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) semakin diperhebatkan oleh badan-badan NGO yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi serta niat tersembunyi.

Berdasarkan sumber, Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun baru-baru ini.

Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat peguam, Bangsar.

Beliau yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

Perkara ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakan gambaran seolah-olah LGBT itu”halal” sedangkan aktiviti tersebut dilaknat Allah s.w.t serta salah dari segi moral. Pihak berkuasa perlu segera bertindak.

– PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top