.... Himpunan “Jerusalem Jubilee” Mendapat Kelulusan Kerajaan Melaka? | AAKJ



BERDASARKAN gerak kerja kumpulam yang cuba membawa budaya Yahudi ke negara kita. mereka dilihat sebagai dalam keadaan terdesak untuk merosakan Islam sebagai agama rasmi negara.

Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti. Tahukah anda bahawa Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50. Dan ini diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel! Dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

Persoalannya, adakah kerajaan Melaka membenarkan sambutan meraikan kejahatan Yahudi terhadap rakyat Palestin? Kenapa pihak berkuasa tidak memantau dan mencegah perkara ini memandangkan promosi secara besar-besaran telah mereka lakukan.

Setiap 15hb Mei kita memperingati “Hari Nakbah”. Tarikh di mana lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari rumah mereka kerana rejim Zionis Israel merampas bumi tersebut untuk dijadikan negara haram Israel.Itu kita yang sambut. Kita yang sama bersimpati dengan nasib rakyat Palestin kita hulurkan bantuan, kita bantah kekejaman rejim Israel.

Tetapi tidak bagi Evangelis Kristian. Mereka bergembira. Malah mereka sambut besar-besaran tahun ini “Jerusalem Jubilee” yang akan diadakan ketika kita semua kemuncak mengejar Lailatul Qadr.

Menurut sumber, sokongan kepada Israel ini penting bagi Kristian Evangelis kerana nanti dijanji kepada mereka bahawa hubungan akan dibina di antara negara haram Israel dengan Malaysia. Ini SUMPAH BAI’AH mereka yang mereka ulang-ulang … Decree for Israel “… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …”

Mereka sudah bersumpah untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Israel suatu hari nanti apabila mereka berkuasa!

Ramai di kalangan kita peka dan peduli dengan nasib dan penderitaan rakyat Palestin, menghulurkan sumbangan dan pelbagai bantuan. Pelbagai NGO ditubuh untuk tujuan itu. Alhmadulillah.

Namun, sukar untuk kita faham sesetengah NGO-NGO yang konon sibuk membebaskan Al Aqsa tetapi rapat dan kemas bersekongkol dengan puak Kristian Zionis yang jelas agenda mereka bersama Israel.

Dipetik dari laman sesawang mereka:

The International Christian Embassy Jerusalem was established in 1980 in recognition of the biblical significance of all of Jerusalem and its unique connection with the Jewish people. Today, it represents millions of Christians, churches, and denominations to the nation and people of Israel. We recognize in the restoration of the State of Israel God’s faithfulness to keep His ancient covenant with the Jewish people.

Our main objectives are:

To stand with Israel in support and friendship;
To equip and teach the world wide Church regarding God’s purposes with Israel and the nations of the Middle East;
To be an active voice of reconciliation between Jews, Christians, and Arabs, and to support the churches and congregations in the Holy Land

VIDEO klik di PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Siapa ketua menteri melaka
      Si lembik juga ke

      ReplyDelete
    2. kaji sejarah penubuhan israil siapa yg terlibat...dan kenapa org yg terlibat itu datang dan tinggal di Malaysia selepas itu.. di beri pangkat dan nama di Malaysia..

      ReplyDelete

     
    Top