.... Hasrat Mahathir Untuk Jadi PM Ke-7 Ditolak Guan Eng | AAKJ





Nampaknya bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dimalukan lagi oleh rakan sekutunya dalam puak Pakatan Harapan. Bertambah malanglah nasib Mahathir selepas percaturannya semakin tidak menjadi.

Dan memang benarlah bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu hanya syok sendiri apabila membuat kenyataan bahawa dirinya mungkin akan terpaksa menjadi Perdana Menteri jika ‘keadaan memerlukan’.

“Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (melantik sebagai Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (kembali menjadi Perdana Menteri),” kata Mahathir.

Boleh diumpamakan Mahathir hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Kenyataannya dilayan sebagai “non issue” oleh sekutunya dalam puak Pakatan Harapan. Mahathir umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, bila buat pengumuman hendak jadi PM semula.

Dua kali “terpecik air ke muka (malu)”. Pertama bila plakad Anwar sebagai PM ketujuh diangkat pada 21 Mei 2017. Keduanya bila buat pengumuman hendak jadi PM semula pada 1 Jun 2017. Dalam masa dua minggu, dua kali Mahathir dimalukan.

Kini Mahathir dimalukan lagi apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam mengeluarkan kenyataan bahawa puak Pakatan Harapan belum membuat mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri dikalangan pembangkang jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Difahamkan, beberapa pemimpin puak Pakatan Harapan bakal bertemu pada Jumaat ini, 9 Jun, tetapi Guan Eng yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberitahu agenda mengenai perdana menteri tidak berada dalam senarai minit mesyuarat itu.

Katanya, mesyuarat itu sebagai “biasa-biasa sahaja”. Malah beliau berkata beberapa pemimpin parti komponen tidak akan hadir pada sesi berkenaan kerana berada di luar negara.

“Persoalan PM tidak akan diputuskan pada mesyuarat akan datang,” kata Guan Eng.

Secara umumnya, rakyat pun tahu ketegangan yang berlaku dalam puak Pakatan Harapan kini berhubung isu perebutan jawatan nombor 1 negara itu. Malah beberapa pihak termasuk penganalisis dan pengkritik puak Pakatan Harapan menjangka akan berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti komponen berbeza dalam pilihan Perdana Menteri mereka.

Namun seperti kebiasaan sikap puak pembangkang yang ingin menutup kelemahan mereka akan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan. Itulah yang dilakukan oleh Guan Eng yang menuduh spekulasi perbalahan di kalangan pemimpin puak Pakatan Harapan dalam isu berkenaan kononnya adalah ‘propaganda BN’ semata-mata.

Beliau cuba menegaskan kononnya parti rasis dan cauvinis DAP tidak terlibat dalam mana-mana pertikaian dengan mana-mana parti komponen dalam puak Pakatan Harapan.

“Jika ada sesiapa yang melibatkan DAP, anda boleh tanya saya, tetapi tidak ada, kita hanyalah sebahagian daripada perbincangan,” kata Guan Eng.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top