.... Hanya Mesej Buruk Yang Pakatan Harapan Beri | AAKJ





Sikap parti-parti dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP berebut jawatan Perdana Menteri memberikan mesej buruk kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, matlamat sebagai parti pembangkang sepatutnya untuk menukar kerajaan dan bukannya berbalah soal orang yang layak sebagai Perdana Menteri.


Justeru, katanya, Pas yang kini menerajui blok baharu pembangkang tidak pernah berbincang perkara itu dengan sekutunya biarpun pada asasnya Pas mempunyai keutamaan.


“Kita tidak sebut atau tentukan siapa-siapa jadi Perdana Menteri kerana yang penting sekarang adalah maksimumkan usaha menumbangkan kerajaan sedia ada.


“Sekarang kita nampak (Pakatan Harapan) tidak berapa baik, PKR mahu orang dia, begitu juga PPBM, rakyat lihat masing-masing berebut jawatan nak jadi Perdana Menteri, itu adalah mesej tidak baik kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Kuih Raya daripada Kerajaan Negeri kepada Pasukan Keselamatan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top