.... Guan Eng Kaki Menipu Dan Kuat Putarbelit, Dr Tan Seng Giaw Ada Bukti | AAKJ





Nampaknya puak Pakatan Harapan mula berperang sesama sendiri dan mengalami krisis dalaman yang teruk apabila ahli-ahli parti sendiri sudah tidak tahan dengan pucuk kepimpinan yang hanya mementingkan kepentingan peribadi sendiri dan gila kuasa.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sering mendabik dada mengatakan parti yang di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad merupakan parti yang kukuh, namun kini parti itu dilihat semakin goyah dan mengalami krisis dalaman yang teruk.

Ini dapat dilihat apabila satu persatu isu berkaitan dengan integiriti parti baru ini menjadi topik hangat dikalangan ahli-ahli parti itu sendiri. Kini, parti rasis dan cauvinis DAP juga dilihat mengalami keadaan sedemikian apabila wakil rakyat veteran DAP membuktikan pemimpin tinggi parti itu kaki menipu dan kuat putarbelit.

Buktinya, apabila Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menafikan beliau sukar dihubungi sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga merangkap Ketua Menteri negeri Pulau Pinang.

“Susahkah untuk hubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap dengan saya.

“Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. Saya telah menjawab soalan kamu,” kata Tan apabila didakwa sukar dihubungi menerusi telefon bimbitnya.

Wakil rakyat veteran DAP itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Tan tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Perkara itu diberitahu Guan Eng semasa ditanya oleh wartawan mengenai status Facebook Ahli Parlimen Kepong itu yang meluahkan rasa kecewanya dan mengadu mengenai tahap ‘kehijauan’ di negeri Pulau Pinang.

Tetapi seperti kebiasaannya cara Guan Eng yang cuba menyembunyikan rahsianya, mengelak mengulas isu yang dibangkitkan Tan itu. Beliau mengatakan akan ‘menyelesaikan’ masalah yang timbul tersebut secara dalaman.

“Kami akan berurusan dengannya (Dr Seng Giaw) secara dalaman, tetapi beliau tidak berkomunikasi sejak awal tahun ini, kami juga tidak dapat menghubunginya,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Ahad lalu, Tan menulis di halaman Facebooknya, melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang dan mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjaga alam sekitar.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” kata Tan dalam catatan itu.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top