.... Beri Fakta Tidak Tepat, Guan Eng Bakal Disaman | AAKJ





Parti Ge­rakan mempertimbangkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa berterusan membuat kenya­taan tidak tepat berhubung penjualan tanah Seri Tanjung Pinang dan Lebuh Raya Jelutong di sini oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusianya, Datuk Baljit Singh berkata, dak­waan kononnya tanah itu dijual pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi memberi kesan buruk dan mencemar imej kerajaan BN, khususnya parti Gerakan.

Sedangkan hakikatnya, jelas beliau, dalam perjanjian Seri Tanjung Pinang, kerajaan BN ketika itu tidak menjual tanah seluas 396 hektar tersebut sebaliknya ia merupakan satu bentuk perjanjian atau konsesi tambakan.

Daripada perjanjian itu juga, ujar beliau, sebanyak 37 peratus tanah yang ditambak dipulangkan semula kepada KGM-PDC (anak syarikat kerajaan negeri) dengan 19 hektar diberikan kepada kerajaan negeri ketika itu secara percuma.

Tambahnya, di bawah projek Seri Tanjung Pinang Fasa Kedua pula yang mana seluas 307 hektar kawasan laut telah ditambak, sebanyak 77 hektar daripadanya dipulangkan semula kepada penduduk negeri ini.

“Kita menghormati kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini namun dalam masa perlu bertegas serta bertindak dengan kenyataan-kenyataan yang jelas tidak tepat dan cuba di­selewengkan.

“Sementara menunggu kelulusan untuk tindakan saman itu diambil dari pucuk pimpinan parti, kita akan memulakan langkah-langkah yang sesuai ke arah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menjawab tuduhan tanah Lebuh Raya Jelutong yang kononnya dijual pada harga RM20 sekaki persegi, Baljit berkata, tran­saksi tanah itu dibuat kira-kira 20 tahun lalu secara tender terbuka yang dianuge­rahkan kepada Jelutong Deve­lopment Sdn. Bhd. (JDSB).

Menurut beliau, segala kerja-kerja tambak laut itu dilakukan sendiri JDSB yang kemudiannya turut membina sebanyak 5,500 unit rumah kos rendah sebagai antara syarat perjanjian.

“Perlu diambil maklum ru­mah kos rendah yang dibina JDSB itu berharga antara RM25,000 dan RM50,000, bukannya pada anggaran rumah mampu milik yang ditetapkan Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini iaitu antara RM300,000 hingga RM400,000,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh lari daripada hakikat mereka menjual lebih banyak tanah kerajaan negeri sejak 2010 hingga 2017 berbanding nege­ri-negeri lain.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top