.... Gagal Jelaskan Pada Rakyat Isu Kos Terowong, Guan Eng Akan Dihadapkan Ke SPRM | AAKJ





CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) merupakan slogan yang bangga dilaung-laungkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng, yang kononnya ia menjadi pegangan mereka selama ini. Tetapi benarkah Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan seperti apa yang dilaung-laungkan?

Malangnya, bukanlah slogan yang dipraktikkan tetapi ia hanyalah satu ayat kepura-puraan buatan parti rasis dan cauvinis DAP bagi meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka. Inilah sikap jelik puak Pakatan Harapan yang gemar bermuka-muka apabila berhadapan dengan rakyat.

Sedia maklum, parti rasis dan cauvinis DAP gemar menuduh UMNO/BN mengamalkan rasuah, curi duit rakyat dan penindas rakyat. Hakikat menyedari, tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya terpalit pada batang hidung parti rasis dan cauvinis DAP sendiri.

Ini dapat dilihat menerusi kekejaman dan kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng yang menindas rakyat dan melakukan kerosakan terhadap negeri Pulau Mutiara itu, sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Saban hari kerosakan dan kerosakan dilakukan kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP terdedah dan didedahkan.

Jadi, memang patut Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang digesa untuk menjelaskan apa yang didakwa sebagai bayaran empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar yang diwartakan untuk kos perundingan projek rangkaian tiga jalanraya dan terowong di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatan itu diberi tempoh sehingga seminggu selepas Hari Raya untuk menjelaskan perkara tersebut. Jika Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan dalam negeri ini gagal berbuat demikian, perkara berkenaan akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disusuli laporan kepada pihak polis.

Itulah yang ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Ini kerana Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menyatakan bahawa kos RM177 juta yang dibayar kerajaan negeri itu kepada pemegang konsesi projek berkenaan adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar maksimum dibenarkan iaitu RM41.05 juta.

Menurut Abdul Rahman, mengikut jadual asal projek berkenaan yang ditandatangani pada 2013, pembinaan jalan-jalan itu sepatutnya bermula pasa 2015 dan siap pada 2018. Tetapi sehingga kini ia tidak dimulakan langsung.

“Berdasarkan laporan LJM itu, ini bermakna Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlebih bayar RM136 juta.

“Jika dia gagal memberi penjelasan atau ianya tidak mencukupi, kita akan melaporkan perkara ini kepada SPRM.

“Pembayaran lebihan ini lebih tinggi dari RM100 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi usaha penebatan banjir sejak 2008.

“Jumlah ini sama dengan bayaran bonus Hari Raya sepanjang 18.2 tahun melibatkan kos RM7.2 juta yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang kepada kakitangan kerajaan negeri dan guru tahun ini,” kata Abdul Rahman.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-To berkata, sejak 2015, Kerajaan Pulau Pinang memberikan pelbagai alasan terhadap kelewatan itu, termasuk kebimbangan kononnya jalan berkenaan tidak akan mampu menyalurkan limpahan hujan hinggalah kepada alasan tidak tahu siapa pemilik tanah di mana jalan berkenaan akan dibina.

“Ketika ini, Kerajaan Pulau Pinang menyatakan tarikh pembinaan paling awal projek berkenaan boleh dimulakan adalah pada pertengahan 2018, atau dengan sengaja mahu dimulakan selepas PRU14,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan kepada Laporan Kira-Kira Kerajaan Pulau Pinang 2016, projek bagi tiga jalan dan terowong serta jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri pada 22 Mei 2017 jelas menyatakan, pembinaan tiga jalan dalam projek itu mencakupi jalan berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bagang sepanjang 10.53 kilometer (KM) dengan kos RM377.6 juta, jalan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam sepanjang 5.70KM dengan kos RM851 juta dan jalan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiarang Gurney sepanjang 4km dengan kos RM757.9 juta.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top