.... Gadis Muslim Dipukul, Dibunuh Dengan Kejam Cetus Kemarahan | AAKJ





Seorang remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman terbaharu di negara itu apabila diculik dan dipukul hingga mati sewaktu meninggalkan sebuah masjid di Virginia pada Ahad. Mayat gadis malang itu, Nabra Hassanen, 17, kemudiannya ditemui di sebuah kolam.

Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.

Menurut polis, insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit.

Ia menyebabkan seorang pemandu bertindak keluar dari kereta dan memukul gadis terbabit. Gadis itu kemudiannya dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari menyelamatkan diri. Pada pukul 3 petang, mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Sterling.

Susulan insiden itu, polis telah menahan seorang lelaki bernama Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan.

Kemudiannya, polis mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan membunuh terhadap lelaki terbabit namun menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.

-pru14.tv-

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top