Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat hanya cuba mensensasikan isu dengan mengeluarkan kenyataan yang terlalu provokatif sekali gus menunjukkan badan itu tidak mengamalkan prinsip keadilan sebenar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, melalui kenyataan balas badan itu yang hanya diberikan kepada portal berita propembangkang, Malaysiakini, mereka menjelaskan bahawa mana-mana pihak tidak boleh mengatakan seseorang itu bersalah selagi tidak dibuktikan melalui pendakwaan kes di mahkamah.
Sedangkan, jelas beliau, DoJ sendiri yang membuat pelbagai andaian tanpa menamakan sesiapa dalam saman sivil yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan mereka tahu pembangkang di negara ini akan menggunakan kenyataan tersebut demi mendapatkan publisiti politik murahan.
“Jadi hari ini terbukti DoJ cakap tidak serupa bikin apabila mereka kata tidak boleh sesiapa pun buat andaian tetapi badan itu sendiri membuat macam-macam andaian. Seperti juga kes saman sivil pertamanya pada tahun lepas dengan membuat pelbagai andaian melalui sidang akhbar.
“Mereka sendiri yang membuka ruang untuk orang membuat spekulasi. Tindakan DoJ ini berkemungkinan untuk memberi kelebihan kepada pembangkang demi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Inilah yang dikatakan ramai pihak apabila mereka kata ada unsur campur tangan hanya untuk memburuk-burukkan Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) turut mempersoalkan jika DoJ benar-benar merupakan sebuah badan keadilan antarabangsa, mengapa jawapan balas itu hanya eksklusif kepada Malaysiakini.
- UM
Post a Comment Facebook Blogger
Note: only a member of this blog may post a comment.