.... Cerita Sebenar Isu Melayu Nikah Cara Kristian | AAKJ



Aakj: Isu ni tahun 2015 dan aakj tidak ubah dari sumber asal:

Assallamulaikum….

Cerita sebenar isu melayu nikah cara kristian , semalam video pasangan melayu nikah cara kristian telah tersebar secara meluas di media sosial, yang mengejutkan upacara akad nikah pasangan melayu ini dikatakan menyerupai acara akad nikah agama lain iaitu kristian dan ianya berlaku di Melbourne Australia

Kadi yang menjalankan akad nikah islam di australia telah tampil menjelaskan yang cara nikah terbabit adalah salah satu prosedur cara perkhawinan yang sah di negara terbabit

Ianya dikatakan membabitkan gabungan cara nikah islam dan civil,maka cara nikah ini sah disisi agama islam dan sah di negara Australia

Berikut adalah penjelasan sebenar isu akad nikah cara kristian yang menjadi viral di media sosial semalam

Penjelasan dari Muhammed Edwars

Bismillahhirrahmanirrahiim..

Nama saya Muhammed Edwars ,saya penghulu (marriage celebrant authorized by the Islamic council of Victoria and the attorney general office of Australia ) yang memimpin upacara penikahan dalam video ini,saya hendak menjelaskan beberapa beberapa point untuk menjelaskan duduk perkara sehingga tidak menyebabkan fitnah berkepanjangan.

Upacara pernikahan dilakukan dengan menggabungkan pernikahan islam dan civil untuk menjadikan pernikahan ini tidak saja syah dimata allah dengan mengikuti syariat islam dan juga syah menurut hukum di australia dimana pernikahan terjadi.

Sebelum ‘vow exchange’ ini sudah dilaksanakan ijab qabul dalam bahasa melayu oleh wali dan pengantin laki-laki di hadapan saksi.

Vow Exchange dilakukan dalam bahasa inggris untuk memenuhi persyaratan minimal untuk pernikahan civil yang syah menurut hukum Australia

Vow exchange ini tidak ada hubungan dengan agama Kristen atau Syiah (na’udzubillah),dan tidak menyalahi aturan syariat agama islam,purely cultural. Silakan cermati maknanya,apakah anda ada yang menyalahi aqidah dan syariah ?
Semoga Allah member kita semua hidayah dan mengampuni segala dosa-dosa

Sumber penjelasan : facebook Muhammed Edwars

Penjelasan dari Emylieya Nu’mans

Assalamualaikum buat semua admin page yang berkenaan serta keyboard worrior yang berkomen negative mahupun positif berkenaan video majlis adik perempuan saya yang berlansung di Melbourne Australia

Disini saya ingin member sedikit penjelasan berkaitan dengan video yang mencecah 100k++ viewer tu. Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan,bersama saksi & kadi. Kadi tersebut adalah orang islam yang tinggal di Australia lebih 20 tahun. Selesai upacara akad nikah ,kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan “takliq” dalam Bahasa Inggeris . Apa yang difahamkan,itu adalah prosedur perkahwinan disana. Video yang menjadi viral tu separuh sahaja. Mungkin itu yang menyebabkan salah faham orang diluar sana.

Untuk pengetahuan admin & pengkritik, itu tidak ada kena mengena dengan syiah..saya dan ahli keluarga masih berpegang pada ajaran yang betul dan golongan ahli sunnah wal jamaah..saya tidak pasti apakah tujuan orang yang upload video tersebut sehingga menjadi fitnah..wallahua’lam..

Kita dibulan Ramadhan wahai saudara seagamaku. Jangan cepat melatah,jangan cepat menghukum..mampukah saudara semua untuk memohon maaf pada ahli keluarga kami ? sesungguhnya dipihak saya, saya ampunkan dosa kalian sekiranya kalian memohon maaf dari kami. Ramadhan Kareem

*Nak I buat press conference atau masuk Melodi ke uols ? Penat I taip & jawab persoalan dari semua orang ni

Sumber penjelasan : facebook Emylieya Nu’mans

Sekian ini sahaja penjelasan sebenar bagi isu melayu akad nikah cara kristian yang menjadi viral tersebut, harap korang jelas dengan penerangan dari kedua-dua pihak, dan pada bulan Ramadhan ini adalah tidak baik untuk korang menyebarkan fitnah..

Salam Ramadhan dari Ishak hasimi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top