.... ‘Babi kau orang Malaysia’ - Penumpang Mabuk Atas Pesawat MAS | AAKJ



Maxine Williams yang mabuk selama 10 jam dalam penerbangan ke London itu, turut melemparkan kata-kata bersifat perkauman, dan bertindak cuba menyerang pramugari Malaysia Airlines, Teoh Ming Lee (kanan).
PETALING JAYA: Sebuah mahkamah di London diberitahu mengenai kejadian seorang penumpang mabuk dalam pesawat Malaysia Airlines pada Januari lalu, yang berang selepas anak kapal membuat keputusan menghentikan minuman keras untuknya.

Akhbar harian Britain, The Sun melaporkan, Maxine Williams yang mabuk selama 10 jam dalam penerbangan ke London itu, turut melemparkan kata-kata bersifat perkauman, dan bertindak cuba menyerang pramugari Malaysia Airlines, Teoh Ming Lee, sambil menggunakan kata-kata makian dan mencarut.

“Dia banyak menggunakan perkataan f***. Dia berkata, ‘bagi saya f***ing coke. Saya mahu f***ing alcohol lagi,” Teoh, 36, memberitahu mahkamah, menceritakan insiden di atas pesawat A380 itu.

Menurutnya, Williams, 57 meluru masuk ke bahagian kelas pertama pesawat itu.

“Dia tidak dapat bangun dan bersandar ke tepi. Kemudian menendang tray makanan menyebabkan tertumpah ke atas penumpang.

“Saya beritahunya jangan tendang tetapi dia mula menyumpah.”

Menurut The Sun, Williams menjerit: “I hate your f***ing country” (Saya benci negara kamu) dan “You Malaysian pig!” (Babi kau orang Malaysia), sebelum kapten mengumumkan tindakan keselamatan.

Williams kemudian diikat dengan pelekat tebal.

Wanita itu didapati bersalah, dan bakal menanti hukuman di mahkamah lain.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top