.... Azmin Kata Jangan Dipanjangkan Isu Ini | AAKJ





Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat tidak berani untuk bertegas dengan R. Sivarasa walaupun perbuatan Ahli Parlimen Su­bang itu menggunakan ruangan solat masjid sebagai tempat berpolitik mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah, apa yang me­nambahkan lagi ra­sa pelik pelbagai pihak ialah apabila Mo­hamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, meminta pihak media jangan memanjangkan lagi isu berkenaan ketika ditanya mengenai penjelasan Sivarasa, sedangkan selaku Menteri Besar beliau bertanggungjawab kepada titah Sultan.

Namun pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak agar menghormati garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dengan jelas melarang masjid dan surau dijadikan pentas politik bagi memastikan institusi tersebut kekal menjadi simbol dalam menjaga perpaduan umat Islam.

“Tak payah panjang-panjanglah,” kata Mohamed Azmin sebaik diajukan soalan apakah penjelasan yang diberikan Sivarasa kepadanya ekoran kemurkaan Sultan Sharafuddin ketika ditemui pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiuasaha Kerajaan (SUK) di sini hari ini.

Semalam, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim memaklumkan, Sul­tan Sharafuddin mur­ka dengan perbuatan Siva­rasa menjadikan masjid sebagai pentas politik dan baginda juga menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan ke atas nazir dan jawatankuasa Masjid An Nur Kampung Melayu Subang itu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menafikan laporan Siva­rasa hadir ke masjid berkenaan dan menggunakan ruangan solat untuk berucap dan menyam­paikan sumbangan Ramadan sebagai mewakili beliau, sebaliknya menjelaskan menjelaskan kehadiran Ahli Parlimen Subang tersebut adalah atas kapasitinya sebagai wakil rakyat.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top