.... Ayat Tidak Tepat, Awas Dengan Apps Al-Quran | AAKJ





Jemaah Malaysia yang akan menunaikan ibadat Haji tahun ini dinasihatkan tidak panik berikutan kejadian letupan berhampiran Masjidil Haram di Makkah. Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya akan menghantar pasukan keselamatan untuk mengiringi jemaah Haji di Makkah untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Katanya, jemaah pertama yang dijadualkan menaiki penerbangan pada 24 Julai ini dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak TH supaya dapat menunaikan ibadat dengan selamat.

“Sememangnya apa yang berlaju di negara teluk ini membimbangkan seluruh rakyat negara ini, terutama jemaah dan ahli keluarga mereka.

“Kita akan pantau dan akan ada pasukan keselamatan khusus pada tahun ini, malah saya sendiri akan berada di sana (Makkah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2017 di kediaman rasmi Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Tambah beliau, TH juga akan membuka dua bilik gerakan di Kelana Jaya dan Makkah, khas untuk memantau segala maklumat berkaitan jemaah Malaysia kepada ahli keluarga di negara ini.

“Kita menjalin kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN). “TH juga akan meminta bantuan daripada KDN dan Kementerian Pertahanan untuk bantu dari segi keselamatan,” katanya.

BH Online semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk enam jemaah umrah asing cedera selepas seorang pengebom nekad yang menyasarkan kota suci Makkah meletupkan dirinya. Insiden berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

- Agensi 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top