.... Anwar Mahu Failkan Permohonan Batal Kes Liwat | AAKJ





Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan permohonan untuk membatalkan sabitan serta membebaskan beliau dari penjara ekoran sabitan kes liwat, berikutan pembongkaran bayaran rahsia RM9.5 juta oleh Perdana Menteri kepada pendakwaraya bebas Tan Sri Shafee Abdullah oleh laman portal Sarawak Report.

Permohonan akan difailkan di Mahkamah Jalan Duta jam 11 pagi esok.

Biro Komunikasi PKR dalam satu kenyataan menyebut, sidang media akan diadakan di lobi mahkamah esok.

Pelbagai pihak mendesak agar siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan Sarawak Report bahawa sejumlah RM9.5 juta wang bersumberkan syarikat SRC International telah digunakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membayar khidmat guaman Shafee dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Malah ahli parlimen Parit Buntar yang juga naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mahu pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara segera menjalankan siasatan.

“Jika siasatan tidak dibuat dengan segera, maka keyakinan rakyat terhadap badan-badan semak-imbang ini akan terus terhakis, kredibiliti Malaysia juga akan terhakis. Bertindak segera atas laporan Sarawak Report tersebut,” tegas beliau.

Timbalan ketua pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil pula menggesa Majlis Peguam mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Shafee berhubung dakwaan itu bagi membersihkan nama baik profesyen guaman.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top