.... Anwar Lebih Layak Jadi PM Berbanding Mahathir | AAKJ





Inilah jadinya apabila masing-masing ghairah memberi pandangan sehingga tidak boleh mencapai kata sepakat. Inilah puak pakatan yang dikatakan ‘bersatu’. Masih ‘drama’ yang sama, kemelut pemilihan calon bagi jawatan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Harapan masih lagi belum reda.

Ketika ini nama calon perdana menteri di kalangan puak pembangkang yang hangat diperkatakan ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

PKR sewaktu Kongres Nasionalnya kali ke-12 di Shah sebelum ini sebulat suara mencalonkan Anwar selaku Perdana Menteri pilihannya sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Lebih drama episod merebut jawatan nombor 1 negara itu dan terus hangat apabila bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (melantik sebagai Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (kembali menjadi Perdana Menteri),” kata Mahathir.

Namun bagaimanapun, Anwar menyanggah kenyataan Mahathir menjadi Perdana Menteri pilihan pakatan pembangkang dengan mengatakan bahawa jawatan berkenaan bukan ditentukan oleh Pengerusi PPBM itu, tetapi pimpinan Pakatan Harapan.

“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan,” kata bekas Ketua Pembangkang itu ringkas.

Terus hangat diperkatakan, seorang pemimpin PPBM juga menyokong kenyataan Ketua Umum PKR itu bahawa calon Perdana Menteri mesti ditentukan oleh konsensus Pakatan Harapan (PH).

Namun dalam masa sama, pemimpin PPBM tersebut cuba mempertahankan Pengerusi partinya dengan menegaskan bahawa Mahathir tidak pernah calonkan diri sendiri bagi jawatan berkenaan.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

“Tetapi saya ingin bagitahu Tun Dr Mahathir Mohamad setakat ini tidak calonkan dirinya sebagai perdana menteri, dia cakap kalau dipujuk oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain, maksudnya konsensus”, kata Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Anina Saadudin.

Malah beliau juga berkata, PKR dalam masa yang sama tidak wajar membuat keputusan menjangkaui konsensus PH sebagaimana saranan Anwar.

“Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan PH mengumumkan calon Perdana Menteri Malaysia ke-7 adalah Anwar Ibrahim.

“Kerana perkara tersebut perlulah mengambil kira suara ke semua orang untuk siapa nak menjadi perdana menteri itu perlulah diputuskan oleh keputusan bersama.

“Tidak bolehlah sewenang-wenangnya satu parti, walaupun PKR telah lama bersama Pakatan harapan, tidak bolehlah dia sewenang-wenangnya mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri,” kata Anina.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top