.... Anwar Gagal Mohon Hak Mengundi PRU14 | AAKJ





Mahkamah Rayuan hari ini menolak sebulat suara rayuan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapat pengisytiharan untuk mengundi dalam pilihan raya.

Anwar pada tahun 2015 memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memohon pengisytiharan bahawa beliau layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada tahun itu dan semua pilihan raya akan datang.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata, keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar untuk semakan kehakiman, adalah sah.

“Rayuan itu ditolak dengan kos,” katanya mengarahkan Anwar membayar kos sebanyak RM5,000 kepada SPR.

Tiada alasan diberikan oleh hakim ketika membuat keputusan itu. Hakim lain adalah Vernon Ong dan Hasnah Mohamed Hashim.

Anwar menyatakan rasa kesal kepada pemberita selepas keputusan tersebut, yang pada awalnya seperti berpihak kepadanya.

“Kamu lihat hakim itu kelihatan ke arah kami tapi apabila mereka keluar, keputusan dibuat sebaliknya,” katanya yang mengarahkan peguam untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Anwar memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana beliau menamakan SPR, bekas pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon daripada mahkamah sebuah perisytiharan, di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkannya mengundi.

Pemimpin de facto PKR itu menjalani hukuman penjara lima tahun bagi keselahan liwat, memfailkan saman itu selepas Abdul Aziz memutuskan bahawa beliau tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kerusi yang pernah diwakilinya sebelum ini.

Dilaporkan sebelum ini hakim Datuk Nor Bee Ariffin telah menolak permohonan Anwar pada 15 Julai tahun lepas.

Peguam Anwar dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram berkata, adalah salah bagi Abdul Aziz menolak rayuan anak guamnya yang mahu melaksanakan hak perlembagaan sebagai pengundi.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top