.... Ambil Tindakan Terhadap Exco Armada, Boboi Hanya Hipokrit | AAKJ





Inilah sifat hipokrit yang sering kali dipamerkan oleh puak Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kalau orang lain yang buat, sudah pasti mereka akan mengecam dan mengkritik tindakan itu habis-habisan.

Sudah menjadi kebiasaan puak pembangkang menunjukkan sikap jahat mereka kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tapi kalau mereka sendiri yang buat, macam-macam alasan yang diberikan untuk menjustifikasikan tindakan dan keputusan yang telah mereka lakukan, walaupun ianya benda yang sama.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir akan mengambil tindakan terhadap ahli Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar, kerana membangkitkan isu-isu sensitif mengenai pemimpin-pemimpin parti dan kerana tidak melindungi parti.

Namun jeliknya, apabila Mukhriz dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain melakukan perkara yang sama terhadap Najib Tun Razak, mereka berkata ia adalah hak mereka untuk menyerang Najib dan bahawa ia adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap pengkritik Perdana Menteri.

“Maka mengapa tidak PPBM tidak amalkan apa yang ia laungkan?

“Pada dasarnya Muhammad Hafiz bertanyakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar menjelaskan mengapa anak-anaknya mempunyai kekayaan luar biasa dan meminta Muhyiddin Yassin menerangkan dakwaan skandalnya bersama isteri orang.

“Muhammad Hafiz juga berkata ahli parti mula hilang keyakinan kepada pemimpin parti kerana kekurangan integriti dan penyalahgunaan kuasa.

“Jika mereka enggan menjawab soalan ini apa hak mereka untuk mendesak Najib menjawab soalan mereka?” soal penganalisis politik, Raja Sara Petra.

Baru-baru ini, Muhammad Hafiz telah meminta Mahathir untuk menjelaskan bagaimana anak-anaknya menjadi kaya luar biasa dan untuk menjelaskan dakwaan skandal hubungan sulit Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Malah Muhammad Hafiz juga mendakwa ahli-ahli hilang keyakinan dengan pemimpin-pemimpin parti kerana kekurangan integriti dan penyalahgunaan kuasa.

“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia.

“Dahulu mereka menjanjikan satu perjuangan yang bersih, tetapi kini mereka sendiri tidak bersih dengan skandal dan isu yang tidak dapat diselesaikan,” kata Muhammad Hafiz.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top