.... 22 Jawatan Dalam Negeri Jadi Bukti Tokong Penang Sangat Tamak | AAKJ





Kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mementingkan kepentingan peribadi berbanding mengutamakan rakyat kian terserlah. Sudahlah dengan kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara seolah-olah sukar dibendung lagi.

Kini, kerakusan kerajaan DAP membolot semua jawatan penting juga saban hari kian terserlah. Ini dapat dilihat apabila Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri negeri ini membolot semua jawatan penting dalam pentadbiran negeri kerana tamak kuasa.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila apabila parti MCA semalam menyifatkan Guan Eng sedang meniti ke arah pintu rasuah apabila memegang jawatan negeri terlalu banyak dan secara serentak.

“Menjadi Ketua Menteri negeri dan (dalam masa sama memegang) pengerusi pelbagai agensi dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan akan membawa keputusan yang dibuat lemah, dan juga terdedah untuk rasuah dan salah guna kuasa.

“Sekarang Lim Guan Eng secara perlahan-lahan meniti di jalan yang tiada penghujungnya mengenai rasuah, politik geng, permainan kuasa dan rundingan tertutup jualan hartanah dan sebagainya,” kata Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang, Dr. Tan Chuan Hong dalam Facebook.

Ini senarai bilangan jawatan yang kini dipegang oleh Guang Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP, termasuk sebagai Ahli Parlimen DAP-Bagan dan ADUN Air Putih. Beliau juga merupakan Pengerusi kepada 12 syarikat GLC.

Ia adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd, Penang Global Tourism, BPO Premier Sdn Bhd, Premier Horizon Ventures Sdn Bhd, Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Invest-In Pulau Pinang.

Selain itu, Guan Eng juga merupakan Pengerusi kepada Penang Science Cluster, Penang Stem Sdn Bhd, Penang Future Foundation, Lembaga Pengarah Penang Institute, PYDC Strategics Sdn Bhd, Penang Tech Centre Berhad dan PGC Strategics Berhad.

22 jawatan dalam negeri menjadi bukti betapa tamaknya Setiausaha Agung DAP itu. Jadi, memang wajarlah apabila Gerakan Pulau Pinang mencabar Guan Eng untuk menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri tidak dikendalikan oleh “kata putus satu individu” semata-mata.

Malah, Guan Eng juga dicabar z beliau bukan satu-satunya pembuat keputusan di Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan mendedahkan minit mesyuarat syarikat mengenai penjualan 6.4 ekar tanah utama kepada Island Hospital Group pada harga RM156 juta.

Jika ketua menteri gagal berbuat demikian, Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo menyifatkan ia membuktikan slogan ‘CAT’ (kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) kerajaan negeri hanya satu ayat kepura-puraan buatan DAP bagi meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka.

“Ini bermakna kedua-duanya disembunyikan,” kata Loo secara berjenaka.

Loo berkata, Seksyen 3 dan 4 Enakmen Ketua Menteri Diperbadankan 2009 memberikan kuasa kepada ketua menteri selaku pihak berkuasa tunggal untuk membuat kontrak, memperoleh, memegang atau menikmati harta alih atau tak alih, menjual, gadai janji atau melupuskan mereka.

“Jadi, saya telah menunjukkan kepadanya bukti bahawa keputusan kerajaan negeri ditentukan oleh seorang individu,” kata Loo sambil mencabar Guan Eng untuk menyanggah dakwaan tersebut.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top