.... Zairil Berhak Bercinta Dengan Seramai Mana Wanita Pun | AAKJ



SELEPAS bukti demi bukti jelas kelihatan, maka nampaknya Pakatan Pembangkang ternyata tidak langsung memperdulikan isu moral dalam kalangan pemimpin mereka.

Kita dapat lihat bagaimana isu moral yang begitu teruk melanda pemimpin pelapis dari pembangkang iaitu Zairil Khir Johari yang dibuktikan bahawa dirinya terlibat dengan pelbagai skandal ‘perempuan simpanan’.

Bagi menjawab isu tersebut, sebuah laman blog pro pembangkang yang sering menjawab isu melibatkan Pakatan Harapan namun menggunakan skrip jawapan ‘kelakar’, sekali lagi tampil cuba menunjukkan betapa mereka suci dan bersih.

Blog pro pembangkang itu menyatakan bahawa ia adalah hak Zairil untuk bercinta dengan sesiapa pun yang dikehendakinya dan ia tidak menjejaskan langsung tugas politiknya. Begitu liberal dan bebas pandangan parti dalam pembangkang ini sampai mereka yang mempunyai banyak skandal pun sudah boleh jadi pemimpin dan tidak boleh diganggu.


Bagi pembangkang, apalah sangat isu moral bertukar-tukar perempuan seperti yang diperkatakan netizen sebegitu sedangkan bekas Ketua Pembangkang sendiri jelas dan nyata terlibat dengan aktiviti seks bebas (meliwat dan melacur) seperti Anwar Ibrahim.

Persoalannya kini, adakah pemimpin sebegini yang kita mahu warisi buat cucu cicit kita akan datang? Adakah di tahun 2050 nanti kita mahu melihat aktiviti seperti melacur, meliwat, bergaul bebas lelaki perempuan amat berleluasa daripada pucuk pimpinan negara sehinggalah ke peniaga pasar malam?

Jika ada dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berkelakuan tidak bermoral sebegini, sudah semestinya pihak pembangkang akan mendesak beliau melepaskan jawatan serta merta sehingga sanggup melakukan demonstrasi dan sebagainya.

Namun ketika pemimpin mereka sendiri yang terpalit dengan isu-isu sebegini, kemana perginya mereka yang kununnya mahu berjuang atas nama rakyat? Adakah rakyat mahu moral masyarakat kita rendah? –Tv14

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top