.... Wan Azizah, Siti Hasmah Ibu Luarbiasa Atau Suami, Keluarga Porak Peranda? | AAKJ



MUKA depan majalah keluarga keluaran Mei 2017 memaparkan wajah isteri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri penjenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan “caption” “Gandingan Ibu Luar Biasa”.Apa yang luarbiasanya gandingan Siti Hasmah Mohd Ali dan Wan Azizah Wan Ismail? Kedua-dua mereka merupakan ibu-ibu dan isteri-isteri yang gagal.

Perkara tersebut tidak perlu dihuraikan lagi sebenarnya memandangkan semua rakyat Malaysia tahu berkenaan hakikat tersebut tetapi memandangkan majalah tersebut berusaha keras bagi menonjolkan imej positif Siti Hasmah dan Wan Azizah maka PRU14.tv terpanggil untuk memberitahu perkara sebenar agar rakyat Malaysia tidak ditipu dengan propaganda palsu.

Jika kita bercakap mengenai konsep seorang isteri maka Siti Hasmah dan Wan Azizah merupakan insan yang gagal. Siti Hasmah gagal menasihatkan suami beliau agar tidak terus merosakan negara dengan bersekongkol dengan musuh Melayu dan musuh negara sejak dari saat penubuhan parti DAP lagi. Wan Azizah pula dilihat gagal menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim apabila beliau terlibat dalam aktiviti jenayah liwat sehingga menyebabkan beliau dipenjarakan.

Jika kita bercakap mengenai konsep seorang ibu pula, Siti Hasmah juga ternyata seorang ibu yang gagal apabila kehidupan anak-anak beliau tunggang langgang dan dilihat “jauh” dari ajaran Islam yang sebenarnya. Keterlibatan anak-anak beliau dalam perniagaan “haram” seperti yang didedahkan oleh beberapa portal serta budaya seks bebas dalam perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) mendedahkan bagaimana Siti Hasmah mendidik anak-anak beliau.

Wan Azizah juga dilihat sebagai ibu yang gagal dengan tersebarnya video seks yang menyerupai anak perempuan beliau di media sosial beberapa tahun yang lalu. Malah anak lelaki beliau turut dikaitkan dengan beberapa masalah sosial.

Oleh itu, kenyataan majalah Keluarga bahawa Siti Hasmah dan Wan Azizah merupakan satu “Gandingan Luar Biasa” merupakan satu pembohongan semata-mata.
SUMBER: PRU14.tv



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top