.... Wan Azizah Gagal Satukan Parti Pembangkang | AAKJ





Rakyat diminta menilai prestasi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Harapan yang berkecamuk dan gagal menyatukan parti-parti pembangkang.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Wan Azizah diuar-uar untuk diangkat menjadi Perdana Menteri peralihan sementara menantikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Wan Azizah tidak boleh menjadi Perdana Menteri kerana dalam pembangkang pun mereka tidak bersatu.


"Ada satu parti marah kata tidak boleh pakai nama 'Harapan', berkecamuk pembangkang ini. Namun, kita tahu Barisan Nasional (BN) tiada masalah.

"Walaupun wujud berlainan pendapat, namun disebabkan oleh hubungan yang rapat, macam mana perbezaan pun kita tidak berpecah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Seni Budaya dan Kesukarelawanan IM4U Puspanita Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dataran Kampung Laneh di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Mohamed Nazri mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang tiada masalah meletakkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri peralihan jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top