.... Wan Azizah Cuba Tutup Dosa Besar DAP Terhadap Bangsa Melayu Di Pulau Pinang | AAKJ





Nampak sangat yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi boneka parti rasis dan cauvinis DAP. Apa sahaja yang dilakukan parti di bawah pimpinan veteran DAP Lim Kit Siang itu, pasti akan disokong dan dipertahankan jika ada yang mengkritik.

Meskipun telah jelas bahawa parti yang didominasi bangsa Cina itu merupakan parti anti Melayu dan Islam, namun Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap nak menampakkan parti DAP bukan seperti yang didakwa.

Jika dilihat dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Tahunan PKR baru-baru ini.., Presiden PKR itu mempertahankan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan, DAP daripada tuduhan mengatakan parti itu anti Islam.

Wan Azizah mendakwa prestasi DAP jauh lebih baik berbanding UMNO, terutama apabila DAP membelanjakan hampir setengah bilion untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang sejak pentadbirannya.

Namun benarkah Islam dijunjung dan dimuliakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Mengapa isteri bekas Ketua Pembangkang itu sangat-sangat memuliakan tindakan DAP yang katanya lebih mengutamakan hal ehwal agama Islam di negeri Pulau Pinang berbanding negeri-negeri lain. Benarkah begitu?

Peruntukan yang hanya 1/2 juta dijaja oleh Wan Azizah untuk meraih simpati rakyat untuk terus memberi sokongan pada parti PKR yang semakin suram kerana ketiadaan suaminya yang menjalani hukuman di penjara atas kesalahan liwat.

Namun jika diteliti kenyataan Wan Azizah itu, beliau sebenarnya cuba menyembunyikan hakikat bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang telah melenyapkan 23 Buah Kampung selepas DAP mengambil alih Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.

Malah bukan itu sahaja, tanah-tanah yang berpotensi tinggi untuk tujuan komersial juga telah dijual kepada pelabur hartanah dari dalam dan luar negara. Alasan mudah yang diberikan adalah Pulau Pinang bakal dijadikan hub pelancongan dan tumpuan produk berasaskan perkhidmatan kesihatan.

Jika benar kemajuan yang dibawa boleh membawa manfaat kepada rakyat, mana pergi hasil duit pesta jual tanah RM12.5 billion negeri Pulau Pinang?

Apa pun, Melayu dan umat Islam di Malaysia sepatutnya pelajari nasib Melayu yang tinggal di Singapura. Melayu Singapura daripada mereka merupakan penduduk majoriti kini hanya tinggal 13.3% sahaja. Namun Melayu Singapura hanya diberi 1 orang bagi jawatan menteri. India yang mewakili 9.2% diberi 4 jawatan menteri.

Oleh itu, rakyat dinasihatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang dilemparkan oleh DAP serta pembangkang. Ini kerana sejarah juga telah membuktikan ketika Pengisytiharan Negara Islam yang dibuat oleh UMNO pada 29 September 2001, DAP begitu lantang menentang.

Ini kerana pada DAP, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular. Peruntukan besar DAP sebanyak 500 juta yang dicanang oleh Wan Azizah adalah “gula-gula” sahaja kepada umat Islam dan Melayu.

Peruntukan tersebut diharap dapat meredakan kemarahan dengan isu yang timbul dan dapat mengambil hati para pengundi Melayu di Pulau Pinang.

Tindakan Wan Azizah itu sebenarnya cuba untuk menutup segala dosa yang pernah dilakukan oleh DAP. Beliau harap ia dapat dilupakan oleh rakyat negeri itu secara automatiknya.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top