.... Wan Azizah Akan Jadi Perdana Menteri Boneka DAP | AAKJ





PAS sebelum ini sudah menegaskan bahawa parti Islam itu tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam ‘permainan’ politik parti DAP. Oleh sebab itu PAS tetap dengan pendiriannya tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) selagi DAP masih di dalam gabungan itu.
PAS sudah serik menjadi mangsa permainan DAP selama ini yang hanya mempergunakan PAS sebagai kuda tunggangannya.
“PAS selama ini hanya menjadi mainan DAP untuk parti itu merealisasikan dasar parti itu dan apabila dasar mereka dicapai, DAP mula membuat onar dengan menyerang dan mengkritik PAS,” kata Tuan Ibrahim.
Walaupun PAS sudah serik untuk ‘berkawan’ dengan parti di bawah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu, namun PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula rela masuk perangkap dan menjadi boneka untuk parti rasis itu.
Ini dapat dilihat jika merujuk kepada carta organisasi baharu PH, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Perdana Menteri manakala ada 3 orang yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri bayangan mereka iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.
Namun apa yang pelik, kedudukan Wan Azizah sebelum ini adalah sebagai penasihat kepada PH. Pada 29 Mac 2017, mesyuarat pertama kali PH yang dipengerusikan oleh Mat Sabu mungkin telah menukar beberapa perancangan awal itu.
Lebih peliknya apabila yang bercakap pada media adalah Khalid Samad, bukannya pemimpin lain yang lebih tinggi.
Dalam mesyuarat tersebut, Wan Azizah tidak hadir dan dia dilantik menjadi penasihat PH bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad. Jurucakap yang datang pada 29 Mac itu juga tiada dalam jawatankuasa penaja yang diumum hari ini.
Manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yang berada di luar negara ketika itu pula, hanya diberi jawatan kecil sahaja.
Apa pun, percayalah bahawa semua ini hanya wayang untuk menggaburi mata pengundi sahaja. Mungkin ada yang terlepas pandang, sebenarnya pencatur di belakang semua hal ini adalah Lim Kit Siang sendiri yang berkuasa penuh terhadap percaturan PH.
Tidak logiklah sebuah organisasi yang dikuasai DAP, tiada seorang pun pemimpin ulung mereka berada di atas. Melainkan perletakan Wan Azizah sebagai penasihat dan calon Perdana Menteri hanya sekadar boneka sahaja untuk DAP memiliki kuasa.
Apatah lagi sekiranya parti rasis DAP sudah mula mendapat kerusi majoriti dari kalangan PH, mana mungkin mereka hanya sekadar menjadi pengikut dan penonton kepada carta ini.
Apa pun yang pastinya PH akan terus bergaduh. Jika berkenaan logo pun sudah gaduh teruk sesama sendiri, apatah lagi untuk merebut kuasa penentu di dalam parti dan kerajaan.
Oleh demikian, rakyat harus sedar bahawa carta organisasi yang diwar-warkan itu sebenarnya ada agenda tersembunyi yang sengaja dicaturkan oleh DAP. Jika percaya dan termakan dengan hasutan ini, ia bermakna DAP berjaya memperdayakan anda dengan penipuan kejinya.
Ini kerana Wan Azizah hanyalah boneka untuk umpan undi Melayu sahaja. Apa jadi kalau Anwar keluar penjara? DAP tak akan biarkan Wan Azizah meletak jawatan dan beri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya DAP akan tikam PKR habis habisan masa itu. Ini kerana DAP adalah King Maker. Wan Azizah dan Mahathir pula hanyalah maskot sahaja buat pengumpan undi.
Lepas dapat apa yang dihajati, buanglah umpan ke tepi. Berkuasalah DAP di atas kerusi yang mereka hajati.
-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top