.... Video 'Mirip Zairil' Berpoya Dengan Kekasih Gelap Bukan Dyana | AAKJ



KONTROVERSI yang melanda Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari makin panas apabila satu lagi video mirip beliau berpegangan tangan mesra dengan seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT) Nawar Firdaws mula viral di media sosial.

Wartawan FMT tersebut merupakan antara wartawan yang sering menerbitkan berita-berita positif yang melibatkan Zairil dan DAP. Malah menurut beberapa sumber, kedua-dua mereka dikatakan sememangnya amat intim. Mereka juga sering menjadi bualan hangat diantara pengiat media ketika berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas.

Sebelum ini video dan gambar intim lelaki menyerupai beliau dan setiausaha politik Lim Kit Siang Dyana Sofya Mohd Daud disebarkan secara berleluasa melalui media sosial dan media arus perdana.

Gambar mirip Dyana Sofya dan Zairil sedang minum arak dan bercumbu ghairah di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras yang tersebar baru-baru ini seolah-olah tidak dinafikan oleh Dyana walaupun Zairil cuba menangkisnya.

“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya,” demikian respons bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.

“Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam,” kata Dyana lagi.

Masihkah anda ingat bagaimana parti DAP bertungkus lumus mempertahankan kebebasan LGBT? Masihkah anda ingat bagaimana parti DAP menentang sekeras-kerasnya penambahbaikan undang-undang Syariah untuk orang Islam (RUU355) yang tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam? Kini kita semakin faham tujuan sebenar DAP. Mereka mahu orang Melayu terus hanyut.
PRU14.tv



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top