.... Video Lagi Perlakuan Kurang Ajar, Pemuda Cina “Fuc#” Anggota Polis | AAKJ



Belum pun reda isu lelaki Cina membunyikan hon ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat sehingga mencetuskan huru hara, timbul pula isu seorang lelaki Cina yang merupakan seorang DJ di sebuah kelab malam berusia 31 tahun bertindak merakam satu video dan mendakwa kononnya tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya.

Selain itu, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu hanya membazirkan masanya. Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah.

Beliau pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua.

“Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. “Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi.

“Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua,” katanya.

Susulan penyebaran video itu, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Katanya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan menyerahkan lelaki itu kepada polis Dang Wangi untuk mengambil tindakan lanjut.

“Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini,” katanya.

Berdasarkan kepada video tersebut, ramai pihak mempertikaikan mengapa lelaki tersebut duduk disebelah pemandu memandangkan beliau berada dalam keadaan mabuk dan boleh membahayakan anggota polis tersebut. Kenapa dibiarkan suspek merakamkan video tersebut malah tidak di “delete” ketika di balai polis kerana rakaman sebegini boleh menimbulkan salah anggapan masyarakat terhadap polis?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top