.... Tiada sebab Melayu berpecah – Nasharudin | AAKJ





Tidak ada faktor yang boleh menyebabkan orang Melayu di negara ini untuk tidak bersatu seperti yang berlaku de­ngan konflik di Asia Barat kerana masing-masing mempunyai asas yang sama iaitu dilahirkan sebagai Melayu dan beragama Islam,

Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (YGMM), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berkata, namun masih ada yang memilih perkara-perkara yang boleh menyebabkan ummah itu berpecah.

“Persoalannya adakah itu (konflik di Asia Barat) yang kita mahu berlaku di Malaysia? Adakah itu harapan kita untuk Malaysia apabila tidak wujud ke­seragaman dalam suara ummah untuk bersatu?

“Kita dijadikan sebagai Melayu dan Islam, tidak ada faktor yang menyebabkan kita ti­dak boleh bersatu,” katanya ketika menjadi ahli panel pada forum bertajuk ‘Konflik Timur Tengah Yang Tidak Berkesudahan: Siapa Lawan Siapa?’ anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Sementara itu, Nasharudin berkata, terdapat banyak perkara yang dikatakan mungkin menjadi punca kepada konflik di rantau terbabit seperti perancangan dari pihak barat termasuk Amerika Syarikat untuk merebut emas hitam atau minyak, konspirasi Yahudi dan konspirasi ekonomi.

Namun begitu, beliau berkata, satu perkara yang kita harus lihat daripada analisis yang dibuat adalah umat Arab di Asia Barat ini sendiri tidak mampu untuk sehati dan sekata dalam memerangi konspirasi-konspirasi terbabit.

“Masing-masing berpecah, pertama berpecah dari segi maz­hab iaitu syiah dan sunni. Kemudian yang sunni pula berpecah lagi dengan pelbagai lagi kumpulan,” ujarnya.

Tambah beliau, selain daripada perpecahan akibat isu politik di Asia Barat, Nasharudin memberitahu bahawa ada juga agenda-agenda lain yang sedang dirancang oleh musuh-musuh Allah di rantau itu dan antaranya adalah bidang pendidikan.

“Hari ini kita lihat universiti-universiti yang hebat di Baghdad habis dimusnahkan. Manuskrip lama, tulisan ulama-ulama Islam juga habis musnah,” jelasnya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top