.... Takut Bertindak Ke Atas Pas, Azmin Kekalkan Exco? | AAKJ





Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terbukti tiada keberanian untuk bertindak ke atas Pas walaupun parti tersebut sudah memutuskan hubu­ngan dengan PKR apabila mengesahkan semua tiga Exco Pas akan dikekalkan dalam pentadbiran ne­geri.

Seperti biasa, Menteri Besar itu mengulangi alasan menjadikan soal kestabilan kerajaan ne­geri sebagai modal, meskipun ramai melihat langkah tersebut lebih kepada kepentingan politik peribadi.

“Keputusan telah pun dibuat selepas saya beri penjelasan kepada Biro Politik PKR tentang si­tuasi semasa. Kita telah meneliti semuanya dan merasakan kestabilan kerajaan negeri khususnya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) makin hampir adalah perkara terpenting.

“Kita juga mengambil kira pihak yang memutuskan tahaluf siyasi ini Pas dan bukannya PKR, selain mandat PRU-13 kepada PKR, Pas dan DAP masih terpakai,” katanya ketika me­ngulas mengenai kedudukan sebenar Exco Pas di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin hadir dalam program menye­marak Ramadan bersama nazir dan pengerusi surau di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Mengulas lanjut mengenai isu­ Exco berkenaan, Moha­med Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, tumpuan kerajaan negeri adalah untuk menghadapi PRU-14 walaupun dari segi politik, Pas dan PKR sudah tidak lagi mempunyai sebarang kerjasama.

“Sekarang ini tumpuan hanya kepada PRU-14 kerana kita sudah buat keputusan sebulat sua­ra (dalam isu kedudukan Exco Pas),” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top