.... Tak Ikut Arahan DAP, PAS Dilabel Pemakan Dedak | AAKJ





Pelbagai cara dilakukan untuk memujuk parti PAS bagi menyertai pakatan pembangkang, termasuk pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP Lim Kit Siang sendiri ‘turun padang’ cuba memujuk PAS dengan menghulurkan ‘salam perdamaian’.

Namun ‘salam perdamaian’ Kit Siang itu ditolak parti di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menganggap ‘salam perdamaian’ itu hanya akan memberi masalah kepada parti Islam itu.

Malah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula cuba ‘menakut-nakutkan’ PAS bahawa parti Islam itu akan kalah jika bersendirian. Bagaimanapun, PAS tetap dengan pendirian mereka tidak menyertai pakatan kerana tidak ingin bergabung dengan DAP dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN).

PAS sudah serik dipermainkan parti rasis dan cauvinis DAP selama ini. Namun dek kerana enggan mengikut telunjuk musuh politik mereka, PAS mendakwa parti itu dilabelkan dengan pelbagai jenama termasuk pemakan dedak, penasihat bergaji, kerajaan perpaduan, candu wala’ dan terbaru sesat politik.

Itulah yang didakwa oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad. Beliau mengatakan bahawa parti Islam itu tidak pernah menyokong atau membangkang secara membuta tuli, sebaliknya menjadikan Islam sebagai panduan dalam perjuangan parti itu.

Katanya, PAS membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tetapi bagaimanapun, beliau mengatakan PAS juga menyokong beberapa tindakan kerajaan termasuk Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang diluluskan di Parlimen, Mac lalu.

Oleh demikian, Idris menyifatkan hanya pihak yang sabar saja boleh bersama parti Islam itu, manakala golongan musta’jilun (gelojoh) tidak boleh bersama parti itu.

“Ini pendirian PAS, jelas dan terang. Kebenaran kawan PAS, kebatilan musuh PAS walaupun siapa yang bawa. PAS adalah PAS.

“Tidak perlulah hendak labelkan PAS dengan macam-macam jenama apabila tidak ikut telunjuk mereka. Makan dedak, penasihat bergaji, UG, candu wala’, terbaru pula sesat politik. PAS tidak pernah paksa orang lain. PAS hanya terangkan apa yang Islam perintah.

“Terima Alhamdulillah, tolak pun Alhamdulillah. Kami pendukung PAS yakin apa yang PAS perjuangkan akan diterima satu hari nanti. Cuma cepat atau lambat saja.

“Perjuangan PAS ada kaitan mati dan selepas mati. Orang lain hendak cerita pasal lain, itu urusan mereka. PAS yakin masa depan dunia sejahtera bersama Islam,” kata Idris.

-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top