.... Tahaluf Siyasi: Azmin Kecewa Dengan Keputusan PAS | AAKJ





Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut. Menurut beliau, pelbagai pencapaian yang dikecapi dalam kerajaan Selangor sejak tahun 2008 lalu konon adalah atas prinsip tahaluf siyasi.

“Saya kecewa dengan PAS. Kita lihat kerajaan Selangor yang terbentuk atas semangat dan prinsip tahaluf siyasi, banyak pencapaian yang telah kita capai termasuk perkembangan umat Islam dan agama Islam.

“Atas prinsip ini kerajaan berjaya melaksanakan mandat dan aspirasi rakyat, keputusan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada harapan tinggi rakyat untuk laksanakan perubahan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Semalam, Setiausaha MSU PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu sidang media memaklumkan keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR berkuat kuasa serta merta.

Keputusan tersebut ujar beliau dibuat berikutan PKR telah melanggar beberapa syarat tahaluf siyasi yang dipersetujui bersama sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top