.... Status Warganegara Adun Pinji (DAP) Perlu Disiasat Segera | AAKJ



Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut kerana pernah memegang kerakyatan Australia, kini giliran Ahli Dewan Undangan Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How (DAP-DUN PERAK) menjadi tumpuan.

Kami menerima dokumen menunjukkan kemungkinan beliau memegang Dwi-Kerakyatan United Kingdom (UK) dan Malaysia secara senyap yang merupakan satu kesalahan dalam undang-undang negara.

Howard Lee yang dibesarkan di UK sejak usia 12 tahun telah memohon kewarganegaraan United Kingdom sejak tahun 2000.

Bertentangan dengan dakwaan beliau pulang untuk berbakti kepada negara pada 2007, Howard Lee hanya pulang kerana permohonan beliau mendapat kewarganegaraan UK ditolak.
“Lee returned to Malaysia at the end of 2007 saw the start of his involvement with DAP Malaysia. Seeing the injustice and corruption that he has read over the years, he immediately got involved and was inadvertently appointed campaign manager for the then first term candidate for the state assembly constituency of Canning, Sdr Wong Kah Woh. Kempen DUN Pasir Pinji
Beliau terpaksa pulang kerana permohonan beliau ditolak beberapa kali termasuk kali terakhir direkodkan ialah pada 2007 apabila beliau menulis dalam forum imigresen UK mengadu nasibnya yang tidak diberi kerakyatan dan juga visa untuk terus tinggal di England.
It was shortly after I turned 18 that I applied for British Naturalisation (citizenship). I was advised by the relevant authorities that applications for naturalisation would normally take around 18 months to process.
After a great deal of red tape cutting and unnecessary deliberation and correspondence, not to mention a stern letter from a Malaysia MP whoĆ¢€™s also a member of the Malaysian Spam, I managed to get a temporary passport from the relevant Malaysian authorities after approximately a year With this single journey passport, I returned to Malaysia with the intention of applying for a settlement visa to return to the UK.
As instructed by the IAS, I returned to Malaysia, and within a short time, acquired a new passport.
Howard sebenarnya tidak lagi setia kepada Malaysia dan hanya terpaksa pulang kerana arahan Imigresen UK yang menolak permohonan kewarganegaraannya dan visa kerja.

Walaupun DAP mendakwa Howard pulang ke Malaysia sejak 2007 untuk membantu mereka “membersihkan” negara ini, namun rekod menunjukkan sebaliknya. Howard masih berusaha untuk menjadi warganegara UK pada 2007.


Malah Howard telah pulang ke England dan bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Tempatan (Local Council) Norwich City pada 2010.

Ini menimbulkan syak wasangka bahawa Horward telah memperolehi kerakyatan UK tetapi tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Walaupun undang-undang UK mmebenarkan warganegara komanwel bertanding dalam pilihan raya Majis Tempatan, namun status kewarganergaraan Malaysia menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana PERKARA 24(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.

Kerajaan harus menyiasat status sebenar kewarganegaraan ADUN Pasir Pinji ini.


SUMBER: MYKMU

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top