.... SPRM Perlu Siasat: “P ***** k punya Guan Eng, kedai Cina, p**** kau tak halau, kedai Melayu kau nak halau,” | AAKJ




GARA-GARA berang gerai makanan diserbu penguat kuasa, seorang peniaga bersama rakannya bertindak nekad membawa lari lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam itu, dua lelaki dipercayai pekerja di gerai makanan laut di Bagan Jermal, George Town, dikatakan bertengkar dengan 12 pegawai MBPP yang tiba dengan sebuah lori.

Pegawai penguatkuasaan itu mahu menyita barangan kerana perniagaan mereka tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

Kedua-dua pekerja yang berusia 20-an itu kemudian meluru ke arah lori MBPP yang tidak dimatikan enjin, kemudian membawa lari lori berkenaan.

Mereka dikatakan memandu kira-kira dua kilometer ke Balai Polis Pulau Tikus dengan seorang daripada mereka merakam video perjalanan selama 3 minit.



Menerusi rakaman yang tersebar di laman sosial jelas memaparkan dua lelaki tersebut di dalam kenderaan dan meluahkan kemarahan terhadap MBPP.

“P ***** k punya Guan Eng, kedai Cina, p**** kau tak halau, kedai Melayu kau nak halau,” kedengaran lelaki itu berkata dalam video berdurasi 2.5 minit itu, merujuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Lori berkenaan diekori pegawai MBPP dengan motosikal meminta mereka berhenti tetapi tidak diendahkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian memberhentikan lori di pintu masuk Balai Polis Pulau Tikus dan membuat laporan terhadap MBPP kerana mengganggu perniagaan mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, satu laporan polis dimuat naik yang memaparkan nama peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain.

Dia melaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Peniaga berusia 27 tahun itu berkata, dia nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus bagi mengelakkan penguat kuasa merampas barang di gerainya.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan remeh oleh MBPP.

“Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tersebut ditahan untuk siasatan. – MYNEWSHUB

AAKJ sarankan peniaga yang teraniaya laporkan kepada SPRM supaya pihak SPRM boleh siasat tindakan douvle standard ini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top