.... SPRM Disokong Gagasan Sejahtera | AAKJ





Gagasan Sejahtera akan menyerahkan memorandum yang menyokong penuh usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjadi gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, memorandum yang dinamakan sebagai Kebangkitan Rakyat Memerangi Barah Rasuah dan Korupsi itu antara lain mengandungi cadangan dan pandangan gagasan itu dalam memperkasakan usaha SPRM.

"Kami akan serahkan memorandum itu dalam dua minggu lagi," kata Tuan Ibrahim sejurus mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dengan tujuan mencetus perubahan agresif dan drastik dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Tuan Ibrahim turut berkata, kedua-dua parti ini akan menggerakkan kekuatan gerak kerja ahlinya supaya isu rasuah diperangi habis-habisan.

Turut hadir, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Gagasan Sejahtera merupakan blok ketiga politik negara yang dibentuk hasil kerjasama di antara Pas dan Ikatan, dan menurut Tuan Ibrahim, mereka turut sedang meneliti minat beberapa lagi parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyatakan minat untuk bergabung.

Tuan Ibrahim berkata, antara parti politik yang sudah menyatakan hasrat ialah Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diketuai oleh Datuk Huan Cheng Guan, dan beberapa buah lagi parti yang tidak dinamakan dari Sabah dan Sarawak.

-UM



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top