.... SPR Menjadi Mangsa Fitnah PKR Sebelum PRU-14 | AAKJ





PKR mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya paling kotor disebabkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan bantahan siasatan awam melibatkan daftar pemilih, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR itu berkata, pengundi yang melalui proses bantahan itu terpaksa menunggu sehingga 6 bulan sebelum namanya dimasukkan dalam daftar pemilih.

“Dan tidak ada jaminan sekiranya dia (pengundi) tidak hadir semasa namanya dibantah.

“Pada saya, apa yang amat saya bimbangkan PRU14 ini akan jadi pilihan raya paling kotor dan paling manipulasi dalam sejarah Malaysia.

“Saya harap pimpinan (SPR) harus faham isunya bukan mahu memperbaiki birokrasi, tetapi anda menafikan hak pengundi untuk memilih dan anda membuat ianya juga sukar kepada kami,” katanya pada sidang media di SPR Selangor hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pemuda Pakatan Harapan Selangor menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri kerana tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RPDT) suku tahun kepada parti politik bertanding.

Semalam, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara SPR Selangor mengendalikan proses bantahan 274 kes siasatan awam di cawangan SPR Shah Alam.

Ini kerana, katanya, proses bantahan hanya terhad kepada 9 pagi sehingga 1 tengah hari, sedangan banyak kes yang perlu dikendalikan.

Dalam perkembangan lain, Izzah berkata, sebanyak 140 reka bentuk logo Pakatan Harapan diterima daripada orang ramai.

“Kami amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat umum dan tentunya pemilihan akan dibuat peringkat pimpinan yang kita akan umumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa,” katanya. 

– FMT

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top