.... Sokong Bebas Anwar, Mahathir Diselar Zahid | AAKJ





Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad menandatangani petisyen pembebasan ‘musuh’ beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai satu langkah untuk mencuci ‘dosa-dosa politik’ beliau ketika berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan begitu kerana ketika berada di institusi kekuasaan sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir secara moralnya merupakan individu yang ‘menganiayai’ bekas timbalannya itu.

Tetapi kini, katanya, setelah Dr. Mahathir tidak mempunyai kuasa, beliau mengambil langkah untuk menandatangani petisyen berkenaan.

“Kita tahu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ada kemukakan surat mewakili Anwar memohon pengampunan daripada Lembaga Pengampunan, cara itu lebih diterima.

“Terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak perlulah ada petisyen kononnya mahu pembebasan itu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Kembara Media Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Dr. Mahathir menandata­ngani petisyen pembebasan Anwar dalam Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 hari ini.


- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top