.... Skandal Rasuah: Video Ketua Pemuda PKR Malaysia Didesak Letak Jawatan | AAKJ



Seorang wakil Pemuda PKR mendesak pucuk pimpinan sayap itu, yang dipercayai dituju kepada Nik Nazmi Nik Ahmad, supaya melepaskan jawatan ketua sayap itu atas alasan gagal memperlihatkan kepimpinan efektif.

Wakil Pemuda PKR Melaka, Naqqiuddin Nazrin berkata, desakan itu dibuat susulan kegagalan Nik Nazmi menggalas tanggungjawab sebagai ketua apabila gagal turun padang menjelaskan isu-isu berbangkit kepada anak muda.

“Bila kali terakhir YB (Nik Nazmi) turun ke Melaka, tak pernah. Kita senyap lesu diserang, isu anak muda kita lambat jawab. Setakat ini saya boleh kata kosong. YB, saya minta maaf terpaksa cakap akibat YB tidak atur program anak muda akhirnya AMK dipandang lembik.

“AMK sekarang mengalami masalah kelemahan dari segi pemimpin. Contoh terbaik banyak keputusan penting tidak dapat dibuat disebabkan pergaduhan yang tidak ada kesudahan, ini amat memalukan.

“Pesan saya kepada pemimpin teratas AMK, kalau tidak mampu galas tanggungjawab tunggu apa lagi… letak jawatan, beri orang lain,” kata beliau semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PKR di Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Naqqiuddin turut melahirkan rasa kecewa apabila kegagalan pucuk pimpinan Pemuda PKR tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan terlibat dengan rasuah menyebabkan ramai anak muda tidak mahu menyertai sayap itu.

“Saya jumpa anak muda ajak masuk AMK, mereka kata tidak mahu masuk sebab AMK, angkatan muda korup. Rosak sebab rasuah, rosak AMK keseluruhan,” katanya sambil mengingatkan Pemuda PKR boleh rebah akibat rasuah.

“Saya tegur pemimpin di atas bukan sebab saya benci. Saya sayang mereka dan AMK, sebab saya sayang, saya tegur dan beri nasihat, nak lihat masa depan AMK lebih gah dan gemilang,” katanya sambil mengingatkan pemimpin muda PKR supaya turun padang bertemu anak muda.



FMT

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top