.... Skandal Perjudian Forex Bank Negara Malaysia: Lim Kit Siang Disoal siasat | AAKJ



Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam aktiviti spekulasi mata wang asing pada tahun 1990-an.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu tiba di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 2.16 petang dan beredar pada pukul 2.53 petang.

Beliau ketika ditemui sejurus keluar dari bangunan kementerian itu berkata, pasukan petugas hanya menyoal berkaitan kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat pada tahun 1993 dan 1994 berhubung kerugian skandal perdagangan mata wang asing BNM.

“Hanya beberapa soalan yang dikemukakan oleh pihak pasukan petugas. Tiada soalan lain hanya berkaitan usul yang pernah saya bawa pada sidang Dewan Rakyat” katanya kepada pemberita di sini.

Lim Kit Siang pada sidang Dewan Rakyat tahun 1993 dan 1994 pernah membawa usul berkaitan isu kerugian BNM dalam aktiviti perdagangan mata wang asing.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top