.... Siti Hasmah Tidak Kisah Cucunya Hidup Bagai “Minah Salleh” | AAKJ




UMUM amat maklum bahawa gaya hidup keluarga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir agak kebaratan. Kita boleh lihat pada usia emas, isteri Mahathir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang kini telah melepasi umur 91 tahun masih tidak mengubah gaya penampilan diri yang lebih bersesuaian dengan umur yang berada dipenghujung usia.

Oleh itu, bukan sesuatu yang aneh apabila kita melihat gaya hidup anak cucu Siti Hasmah yang lebih cenderung arah kebaratan.

Cucu-cucu beliau agak terkenal di media sosial. Mereka mempamerkan diri dengan bangga tanpa segan silu jalan hidup yang tidak mempunyai nilai-nilai moral ketimuran atau dengan lebih tepat ciri-ciri keluarga Islam.

Mungkin mereka lupa bahawa kekayaan melimpah ruah yang sedang mereka nikmati sekarang tidak akan mampu menjamin kebahagian di akhirat kelak.

Jalan yang kita pilih bakal menentukan bagaimana kehidupan di alam barzakh nanti. Dan amat ketara Siti Hasmah dan keluarga beliau tidak meletakan perkara ini sebagai keutamaan hidup mereka.

Sesungguhnya hidayah hanya datang dari Allah swt.

 Sumber: PRUTV14


Sibuknya Siti Hasmah dengan politik ketika di penghujung usia.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top