.... Seluruh Malaysia Akan DiKristiankan – Khalid Samad | AAKJ



Seluruh Malaysia akan diKristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000. Itu adalah kenyataan yang pernah dibuat oleh beberapa tokoh pejuang Islam. 

Hal ini boleh dirujuk dengan meneliti Kertas Putih yang bertajuk “Kertas Perintah 14 Tahun 1988”. 

Ianya akan membuktikan bahawa kewujudan gerakan Kristian yang cuba memurtadkan umat Islam, seperti Lina Joy, telah wujud di Malaysia sejak sekian lama. 

Menurut Kertas Putih bertajuk “Kertas Perintah 14 Tahun 1988”, pada 7 Ogos 1987, Setiausaha Pemuda PAS, Khalid Abdul Samad telah membuat dakwaan bahawa seluruh Malaysia akan dikristiankan menjelang menjelang tahun 2000. 

“…seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000…,” kata Khalid Samad sendiri di Parit Amal, Johor. 

Dalam kertas putih yang sama juga, sendiri, Mohamed Sabu, telah membuat dakwaan bahawa 10,000 orang Islam telah dikristiankan. 

Kenyataan ini dibuat Mat Sabu pada 29 Ogos 1987 di Sitiawan, Perak dalam perhimpunan yang bertajuk “Perhimpunan Menentang Kristianisasi” anjuran PAS. 

“Mohamed Sabu (Mat Sabu), seorang tokoh Pemuda PAS, mendakwa seramai 10,000 orang Melayu telah dikristiankan.” Perkara ini terdapat dalam dokumen yang boleh dimuat turun dari pautan bawah ini, pada nota nombor 45 dan 46. 


SUMBER: Menara

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Menara.my dengan tajuk asal Seluruh Malaysia akan diKristiankan – Khalid Samad. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top