.... Selepas Digelar Maha Zalim, Mahathir Kini Berlakon Seperti Maha Alim | AAKJ





ika sebelum ini terkenal dan sememangnya layak menerima gelaran Maha Zalim, kini bekas perdana Menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad acah-acah seperti Maha Alim pula.
Itulah sikap Mahathir ingin memancing rakyat menyokong parti cap bunganya. Dalam satu kenyataan, bekas perdana menteri 22 tahun itu hari ini dilihat lantang mengutuk parti PAS dengan mendakwa kononnya PAS tidak ikut ajaran Islam dan menyeleweng agama.
“Al-Quran melarang mengkafirkan orang Islam. Sesiapa yang membuat dakwaan ini tanpa soal selidik ke atas beribu-ribu orang Islam, orang yang mengucap dua kalimah syahadah, maka kafir itu akan kembali kepadanya.
“Benarlah apa yang disebut dalam al-Quran, apabila PAS bekerjasama dengan kafir DAP dan lain-lain orang kafir. Mengikut fahaman ajaran Islam oleh PAS, anggota parti itu sudah jadi kafir.
“Membaca sejarah benar ini tidak akan mengubah pendirian orang PAS. Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz Nik Mat bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka.
“Mereka dipercayai membaiah kepada parti dan pemimpin mereka. Baiah ini mengikat mereka sehingga mereka sanggup membelakangkan Islam dan al-Quran.
“Bahawa al-Quran melarang berpakat untuk membuat jahat, dan sebaliknya berpakat hanya untuk amal makruf tidak sedikit pun dipedulikan oleh PAS dan pemimpinnya.
“Terpulanglah kepada ahli PAS sama ada mengikut ajaran Islam atau terus membaiah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu di dunia,” kata bekas perdana menteri keempat itu.
Oleh kerana ada beberapa pimpinan yang nampak menggunakan kereta mahal dan mewah, itu dikira ikut nafsu dunia. Mereka berfikir pemimpin-pemimpin PAS perlu pakai kereta buruk, basikal atau motorsikal. Baru nampak Islam.
Inilah pemikiran ‘profesional’ dalam Pakatan Harapan. Umur 91 tahun ni sesetengah orang dah nyanyuk. Tapi Mahathir rasa tak nyanyuk, beliau mana ada cakap ‘berbelit atau u-turn’. Tak percaya?
Jika diimbas kembali, Mahathir adalah orang paling lantang mengkritik parti rasis DAP yang di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Malah Mahathir pernah menggelar Kit Siang sebagai “bapa rasis”.
Kini beliau boleh berpeluk dan duduk semeja dengan parti yang dikritiknya dahulu kerana dendam untuk menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir sekarang sudah bertukar menjadi Maha Alim, beliau akan mengajar ‘cara’ politik Islam.
Macam Lim Kit Siang mengajar Islam dalam ceramah G18 (sekarang jadi PAN) di Kelantan. Mahathir tak perlu minta maaf atas apa kesalahannya dahulu, sebab Mahathir tahu puak-puak Pakatan Harapan boleh diperbodohkan. 
-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top