.... Satiful Alu-alukan Penggantinya | AAKJ





Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Satiful Bahari Mamat mengalu-alukan pelantikan veteran Pas, Datuk Hussin yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri menggantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baharu.

Beliau menyifatkan, perubahan yang turut melibatkan kepemimpinan di beberapa negeri lain dan di peringkat Pusat merupakan sebahagian daripada percaturan bagi mengukuh dan mempersiapkan parti dalam sinario politik semasa selain bergerak menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang amat mencabar nanti.

Sambil mengucapkan tahniah, Satiful yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam rombakan yang diumumkan hari ini yakin dengan ketokohan Hussin berasaskan pengalamannya yang panjang, dapat membentuk satu pasukan kerja yang mantap.

Hussin yang seangkatan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berperanan aktif dalam mendokong perjuangan Pas, selaku
Ketua Dewan Ulama Pas negeri dan Ahli Majlis Syura Ulama.

"Perubahan yang dilakukan tidak menjadi soal, yang penting kita bersama memenuhi tanggungjawab dalam satu pasukan kerja yang lebih baik dalam memgemaskinikan jentera parti.

"Mengenai peranan saya dalam soal skop kerja di peringkat Pusat itu masih belum diketahui,"ujarnya di sini petang ini.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top