.... Rosmah Lebih Berjasa Daripada Kit Siang | AAKJ





Dalam usaha memburuk-burukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang akan memutar belit apa jua perkara untuk dipolitikkan walaupun perkara yang diputar belit itu telah memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Tak cukup menjadikan pemimpin negara itu sebagai mangsa fitnah mereka, pembangkang turut menjadikan isteri pemimpin negara Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mangsa.
Ini boleh dilihat apabila pembangkang sering menyerang Rosmah dengan melibatkan program Permata Negara (PERMATA) yang diterajui beliau sebagai modal politik mereka dan berterusan memfitnah program tersebut.
Sebelum ini, pembangkang pernah mendakwa kerajaan kononnya sanggup mengetepikan peruntukan perbelanjaan universiti awam semata-mata untuk memberikan bajet lebih kepada Permata.
Bagaimanapun, program tersebut telah banyak menyumbang, membantu, membawa kejayaan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Justeru, pakatan pembangkang sewajarnya tidak membangkang secara membuta tuli terhadap usaha isteri Perdana Menteri itu yang menjayakan program pendidikan awal kanak-kanak menerusi program PERMATA.
Itulah yang diminta oleh bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat. Ini kerana beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh Rosmah adalah berusaha untuk membentuk dan mengasuh golongan muda untuk menjadi pemimpin masa akan datang lantas membina negara bangsa.
“Pembangkang harus ingat, pendidikan adalah jambatan kepada pembinaan sebuah negara bangsa. Orang ramai tanpa mengira bangsa Melayu, Cina, India malah bangsa Kadazan atau Dayak juga mementingkan pendidikan.
“Jadi program PERMATA adalah persediaan awal untuk membentuk minda kanak-kanak mengikut keinginan dan kebolehan mereka sendiri,” kata Tuan Tat.
Jika dilihat antara kejayaan program tersebut adalah seperti kejayaan gadis berusia 22 tahun daripada Pulau Pinang, Koo Jia Hui, salah seorang produk PERMATA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke University Of Oxford.
Rosmah juga berjaya mendapatkan biasiswa bagi Jia Hui untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang Biokimia di universiti berkenaan.
Di kala parti rasis DAP terus mengkritik PERMATA, tanpa disedarinya seorang anak muda daripada Pulau Pinang itu meraih manfaat daripada program tersebut. Oleh itu, DAP patut malu dan wajar berhenti mengkritik PERMATA.
Selain daripada itu, kejayaan demi kejayaan yang dicipta program tersebut apabila PERMATA juga berjaya mengubah pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti Aiman Hakim Muhammad Azizan yang akhirnya menjadi pelajar genius selepas menyertai PERMATA Insan.
Pelajar tersebut turut serta bersama Rosmah ke London bagi menyertai Majlis Nobel Minda selama seminggu yang berakhir, kelmarin, juga telah menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Kuarters KLIA, Sepang, dua hari sebelum berangkat ke London.
Seperti Aiman, M Syaqur M Anuar juga merupakan pelajar Asas 3 Kolej PERMATA Insan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Abqari sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kolej PERMATA Insan 2016.
Dengan itu, Tuan Tat menyifatkan contoh kejayaan pelajar PERMATA ini merupakan indikasi kepada kejayaan Rosmah menaungi sebuah program yang memberi penekanan kepada pendidikan awal kanak-kanak dan menempelak pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Beliau mempersoalkan kembali kepada Penasihat DAP itu mengenai sumbangannya kepada sistem pendidikan negara, terutama sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina.
“Rosmah mempunyai Sarjana dalam bidang Sosiologi disamping Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi, memberi kelayakan secukupnya kepada isteri Perdana Menteri itu untuk menaungi PERMATA.
“Saya melihat ramai pihak cuba menyerangnya tetapi Rosmah dilihat tidak kisah dengan serangan terhadapnya.
“Bagi saya apa yang dilakukannya adalah tepat. Kerana kejayaan yang ditempa oleh Rosmah memadam segala dakwaan terhadapnya.
“Kit Siang kena ingat, ramai penyokong DAP menghantar anak mereka ke sekolah Cina tetapi apa yang dia lakukan untuk memajukan sekolah Cina?” kata Tuan Tat.
Malah bekas ahli parlimen Petaling Jaya, Oh Ken Seng dari parti DAP sebelum ini juga pernah mengutarakan perkara sama kepada pemimpin utama parti berkenaan mengenai sumbangan DAP terhadap pendidikan negara dengan mempersoalkan kembali Tabung Pendidikan Tinggi DAP yang ditubuhkan untuk membantu pelajar yang memerlukan.
Ini kerana kata Ken Seng, sejak beliau meninggalkan parti pada 1978, DAP sudah mengutip lebih RM500,000 menerusi tabung berkenaan, maka apa yang sudah dilakukan untuk menambah baik sistem pendidikan sekolah Cina Malaysia?
“Ahli Parlimen DAP dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri perlu menyumbangkan RM5,000 (seorang) kepada tabung yang ditubuhkan sejak 1970-an.
“Kami telah menyalurkan duit kepada tabung berkenaan tetapi tabung itu tidak aktif kerana ianya tidak mempunyai akaun rasmi, ke mana dana itu pergi?” soal Ken Seng.
Mengulas perkara berkenaan, Tuan Tat mengatakan bahawa Kit Siang sehingga kini masih belum menjawab atau mengelak untuk menjelaskan sumbangannya kepada sekolah Cina.
“Hanya kerana pembangkang tidak melakukan sebarang inisiatif untuk bagi pendidikan awal kanak-kanak, tak bermaksud apa yang dilakukan oleh Rosmah itu salah.
“Jadi jangan suka-suka membangkang, hanya kerana kamu seorang pembangkang,” katanya.
- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top